Friday, October 29, 2010

Update selang sebulan

Oh baru perasan, last update blog bulan lapan.
Sekarang bulan sepuluh nak masuk bulan sebelas
baru nak update blog.
Agaknya selang satu bulan baru mood nak update tu datang.

Tak ada yang menarik sejak duduk rumah
sepanjang enam bulan ni.
Setiap hari rutin yang sama.
Cuma yang best sikit kalau keluar beli barang
dengan keluarga tercinta.
Kalau ada masa dan bosan duduk rumah,
pergi photoshoot gambar budak-budak.

After almost ten years tak melekat duduk kat rumah,
and sebelum kena pergi kerja,
better spend time dulu kat rumah.
Bila lagi kan nak duduk rumah.
Nanti dah kena kerja jauh, susah nak balik.

Nak letak gambar rumah sendiri, gambar entah ke mana.
Nak amik gambar, sekarang tengah-tengah malam,
dekat pukul satu. So letak je la gambar ni.

Gambar rumah gula-gula idaman sejak kecik
(sebab dulu-dulu ada cerita kanak-kanak pasal rumah gula-gula)

So now, I am enjoying my great time at my
HOME SWEET HOME~

♥  ♥  ♥
 
Selagi ada peluang, selagi ada kesempatan,
hargailah segala apa yang kita miliki.
Luangkanlah masa bersama keluarga
kerana hidup tidak bererti tanpa mereka.
 
♥  ♥  ♥
 

Tips tenangkan hati : Diam !

Perasan tak, kadang-kadang kita rasa diam tu lebih baik dari membalas kata-kata yang menyakitkan?

Diam tak bererti kita kalah atau mengalah.
Diam tanda kita bersabar.
Diam bermaksud kita menjaga maruah.

Daripada cakap perkataan yang tak bukan-bukan, 
leih baik kita diam kan?

Tapi seboleh-bolehnya, jangan ada dendam dalam diam tu.
Sebab tu lagi menyakitkan.
Usaha untuk memaafkan dan melupakan dendam tu.

Dan kadang-kadang senyuman dalam diam tu
boleh menenangkan kita.
Kata-kata yang menyakitkan akan menghukum orang lain.
Siapa kita untuk menghukum?
Serahkan semua tu pada Allah, Dia yang Maha Berkuasa.

So, jalan yang terbaik, sabar, diam dan senyum!


Jom cuba! :)
Semoga tenang selalu~