Tuesday, May 25, 2010

K.A.U

Kau dah berubah.
Kau tak sama macam yang aku kenal dulu.
Ya, suatu masa dulu.

Aku pernah tahu yang kau dah berubah.
Kau ada beritahu.
Aku tak percaya dan tak terkata.

 Yeah, things change.
You too.
Aku faham.

Jauh di sudut hati, aku nak kau berubah.
Berubah macam mana yang kita pernah kenal sebelum ni.
 Kata hati tu tetap sama sejak dulu hingga kini.

Aku tahu kau mampu ubah kalau kau usaha.
Aku bukan siapa-siapa nak cakap benda-benda ni kat kau.
Dan aku tahu aku tak layak nak bagitahu kau.

Aku tak mintak apa-apa dari kau.
Aku cuma berharap yang kau akan berubah satu hari nanti.
Sebab aku tak nak kau selamanya macam tu.
Aku tahu kau perlukan masa untuk berubah.
Tak apa, aku boleh tunggu.

Ni pesanan dari aku untuk kau.
Juga ingatan buat diri aku sendiri.
Waktu mulut dikunci, anggota badan akan bersaksi.

Semoga impian aku akan jadi kenyataan.
Walau apa pun, kau jangan risau.
Aku masih terima kau.
Dan kau tetap kawan aku sampai bila-bila.

✿ Friendship Forever ✿


Monday, May 24, 2010

✿ ✿ boOks coLLectiOn ✿ ✿

Exam dah lama habis.
Kesibukan dah lama tak ada.
Dah sebulan cuti masih tak ada lagi idea nak update blog.
Ok. Tipu je. Ada idea tapi malas. (T.T)

Cuti berbaki lebih kurang sebulan setengah.
Ni semua koleksi buku yang konon-konon nak baca time cuti.


Semua sekali enam buku.
Nak habiskan dalam masa 2 bulan lebih.
Boleh ke?


Novel penyiasatan yang unik dan menarik dibaca.
Kes pembunuhan yang lain daripada yang lain.
Elemen psikologi turut dihuraikan dalam novel ni.


Karya salah seorang pensyarah di kampus.
Ringkas, padat dan mudah difahami.


Beli kat Jusco Tebrau waktu keluar masa hari-hari terakhir di kampus.
Baru baca introduction. Agak bosan. Mengantuk.
Terus postpone and baca buku lain.


Buku yang agak berat tapi bermanfaat.
Banyak maklumat boleh didapati.


Novel mengisahkan sejarah hidup seseorang.
Nampak menarik tapi belum terasa ingin membacanya.



Buku yang dah lame beli tapi baca tak sampai sepuluh chapter pun.
Tunggu habis semua buku, baru baca yang ni.


Kesimpulannya, tak rugi jadikan buku sebagai teman setia korang.
Walau apa pun bahan bacaan yang dibaca,
semoga korang mendapat manfaat daripada bacaan tu.
Selamat membaca semua! :D


Ok. Idea pertama dah diletak di sini.
Olahan idea seterusnya akan menyusul kemudian.


Pesanan ringkas :
 *Don't judge the book by its cover*