Wednesday, April 7, 2010

[ Bilik Misteri ]

[ 4 April 2010 Ahad 8.00 malam ]
Bersiap-siap untuk beli barang kat Tesco dengan mak
Time nak pakai brooch kt tudung,
tengok-tengok brooch tu tak ada pon atas meja solek.
Padahal usually memang letak betol-betol atas meja solek tu
macam gambar kat bawah ni


Kat situ ada jam tangan, cincin, 3 brooches, dan 1 pin.
Jam dengan cincin ada, tapi lagi 4 stuffs tu missing!

Okay, kat rumah tak ada pun budak-budak kecik
nak buat main benda-benda ni,
atau nak sorok kan kat mana-mana.

Agak tak logik kalau tak nampak brooch tu
kat atas meja solek kan?
Tanye kat mak, ada nampak tak brooch tu
Mak pun tolong carikan..

Cari punya cari memang tak jumpa!
Apasal tiba-tiba hilang??
Time nak pakai time tu la dia hilang..
Dengan rase geram, pelik dan
rushing (kena siap cepat sebab mak dah siap!),
berusaha cari dan guna brooch lain.
Haish! Tak pasal-pasal..
Dengan rasa hampa, pergi Tesco dengan perasaan pelik sedikit
sebab guna brooch yang jarang digunakan


[ 6 April 2010 Selasa pagi ]

Tengah buat nota yang dah berzaman tak update,
mak bagitau yang mak dah jumpa brooch kat atas meja solek tu.
Terus pergi kat mak, tengok kat mana mak jumpa brooch tu.
Dan brooch tu dijumpai di sini...


ada di celah-celah compact powder silky white dan kotak ni..

" Mak memang dah cari dah kat sini,
siap angkat-angkat lagi bekas rotan warna coklat tu.
Memang tak ada kat situ. Kalau ada mesti nampak.."


Persoalannya sekarang :-

Ke manakah hilangnya 3 brooch dan pin tersebut??

Adakah dua orang kanak-kanak
(yang nenek nampak sedang menyelongkar barang kat bawah meja tulis
dan keluar ikut jeriji tingkap bilik)
yang pinjam, main dan pulangkan semula barang-barang tu?

Atau kucing-kucing hitam
(yang nenek juga nampak merayap di dinding bilik
lalu dihalaunya keluar dari bilik satu masa dahulu)
yang menyembunyikan barang tu?


Sehingga kini masih tiada jawapan
Dan bilik ini terus menjadi BILIK MISTERI sehingga kini....


Thursday, April 1, 2010

Maafkan Dia

Maafkan dia kerana selalu terlupa
banyak peristiwa dalam hidupnya

Maafkan dia kerana selalu tidak mengingati
banyak perkara yang dibualkan

Maafkan dia juga kerana sering mengabaikan
perkara yang remeh dalam hidupnya

Kadang-kadang, bila berasa sesuatu perkara tak begitu penting
untuk disimpan dalam memori jangka panjang
pantas sahaja dia melupakannya
agar fikirannya tidak bercelaru

Dia sedar dia tidak mampu mengingati banyak perkara
lalu dipendamkan sesetengah perkara dalam minda luar sedarnya
 dan berharap agar insan sekeliling memahaminya

Walaupun dia tahu ramai yang terluka dengannya
tetapi itu hakikat yang sangat sukar untuk diubah
maafkan dia dan terimalah si dia seadanya

Percayalah, walaupun ingatannya tidak sebaik mana
namun memori terhadap insan yang dapat menerimanya
tidak akan luput dan terhapus begitu sahaja