Maafkan dia kerana selalu terlupa
banyak peristiwa dalam hidupnya
Maafkan dia kerana selalu tidak mengingati
banyak perkara yang dibualkan
Maafkan dia juga kerana sering mengabaikan
perkara yang remeh dalam hidupnya
Kadang-kadang, bila berasa sesuatu perkara tak begitu penting
untuk disimpan dalam memori jangka panjang
pantas sahaja dia melupakannya
agar fikirannya tidak bercelaru
Dia sedar dia tidak mampu mengingati banyak perkara
lalu dipendamkan sesetengah perkara dalam minda luar sedarnya
dan berharap agar insan sekeliling memahaminya
Walaupun dia tahu ramai yang terluka dengannya
tetapi itu hakikat yang sangat sukar untuk diubah
maafkan dia dan terimalah si dia seadanya
Percayalah, walaupun ingatannya tidak sebaik mana
namun memori terhadap insan yang dapat menerimanya
tidak akan luput dan terhapus begitu sahaja
0 comments:
Post a Comment