Friday, February 19, 2010

♪ ♫ ♬ tHe beGinninG ♬ ♫ ♪


Selepas membaca blog-blog yang menarik
tanpa membuat blog sendiri

(kelihatan seperti stalker kan?)
dan selepas memikirkan pertanyaan beberapa orang rakan
'kau tak nak buat blog ke?'
akhirnya tiba-tiba sekarang terasa
ingin membuat blog seperti mereka-mereka juga.

Dah final year baru terhegeh-hegeh nak buat blog
(konon-konon macam tak sibuk dengan macam-macam benda,
ada juga masa kau nak memblog faizah?)
Tak apa, sekadar belajar memblog, mengisi masa lapang,
meningkatkan skill penulisan dan
refresh Bahasa Melayu yang dah lama ditinggalkan
(yang sampai kadang-kadang tak reti nak buat ayat).
*Memang patut kau buat blog faizah*

Walaupun blog ni dipanggil muzik cinta hatiku,
tapi tak bermakna dalam blog ni semua pasal lagu dan muzik
dan cinta dan hati (dah,jangan merepek!).
Yup, I do LOVE muzik tapi blog ni
akan diisi dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan
untuk dikongsi dengan anda semua.

Tak ada apa-apa yang menarik untuk post pertama ni.
Masih dalam proses menggodeh dan meng'explore'
apakah itu dan ini untuk memblog.
Till then.

0 comments: