Entri kali ni tak ada gambar.
Harap maaf kerana semua gambar-gambar
yang berkaitan dengan tajuk post ni mesti menakutkan.
Tajuk post ni pun my beloved mom yang cadangkan. ;D
Korang percaya tak dalam dunia ni ada h*n*u?
Ada tak korang ternampak atau terdengar
atau tercium bau atau terpandang sekali imbas 'benda' ni?
Cerita-cerita ringkas dan pendek kat bawah ni
adalah kisah benar dan bukan cerita tipu.
1) Masa kat sekolah dulu, ada satu malam rasa tak sedap hati.
Bila nak tidur,ajak la kawan temankan.
Macam-macam yang muncul malam tu.
Salah satunya, ada kelibat perempuan
berjubah putih dan berambut panjang
terapung-apung kat sebelah katil.
(Okay. Masa tu dorm belakang sekali, katil belakang sekali
dan tidur tingkat atas katil double decker).
Memang horror !!
2) Kat rumah, pernah waktu tu tengah gosok baju.
Dah gosok, gantung kat kerusi dulu sebelum gantung kat hanger.
(iron board mengadap ke dinding, kerusi ada betul-betul kat belakang,
so masa tengah iron baju, tak nampak la kerusi tu).
Bila nak letak helaian seterusnya yang dah digosok kat kerusi tu,
tengok kerusi tu dah makin jauh dari tempat asalnya.
(how come?? rasa takut gak tapi buat-buat tak tau je dan terus menggosok)
3) Kat rumah jugak, waktu kat bilik air, masa tu senja,
dengar suara perempuan menangis.
Bila dengar, macam suara budak kecik pun ada.
So, assume tu mungkin suara cucu orang belakang rumah yang nangis.
Esoknya bila mak tanya jiran,
ada tak budak-budak menangis kat belakang rumah senja semalam?
Jiran bagitau, tak ada pun, kalau diorang datang pun,
diorang pergi main kat halaman rumah.
Suara siapakah yang menangis itu ya?
4) Masih cerita yang jadi kat rumah.
Ada sekali tu, letak ubat kat atas meja solek.
Bila nak guna, tengok dah tak ada.
Tanya adik, tanya mak, ada nampak tak ubat tu.
Tapi diorang tak nampak pun. Hampa~
Selongkar la dalam beg, tengok atas meja semua, tak ada jugak.
Mak pun dah tolong cari tapi memang tak ada.
Geram! Time-time nak guna, time tu la dia hilang.
Beberapa hari lepas tu, masa tengah check
ada tak barang tertinggal sebab dah nak balik kolej,
tiba-tiba ada je ubat tu atas meja solek.
ada tak barang tertinggal sebab dah nak balik kolej,
tiba-tiba ada je ubat tu atas meja solek.
Molek je dia duduk kat situ.
Macam tak ada orang sentuh pun.
Punya la cari merata-rata tapi tak ada.
Ha, kan dah kata, memang letak kat situ ubat tu.
Tapi macam mana boleh tak ada lepas tu ada balik,
kat tempat yang memang confirm-confirm nampak
kalau tengok sekali imbas pun.
Pengalaman korang pulak macam mana?
Lebih menakutkan?
Pengalaman masing-masing kan.
Okay. Sekarang nak kena buat kerja.
Tak boleh cerita panjang-panjang lagi.
Sekadar mencari mood untuk menaip laporan, singgah kat sini sekejap.
*Sambil menaip sambil dengar lagu sebab takut terdengar bunyi lain*
addition :
Happy Belated Birthday to Muhammad Hasbullah Bin Zulkifli.
(27 Februari 2010)
May your dreams comes true.
All da best in everything !!!
0 comments:
Post a Comment