Sunday, February 21, 2010

Fobia !


Tengah meng'google' maklumat hari tu,
tiba-tiba terjumpa satu website tentang fobia.
Macam best je, so klik la kat situ.
Semua orang mesti ada fobia masing-masing kan?
Berikut merupakan senarai fobia saya.
(wah skema betul ayat, macam jawab dalam exam!)

1. Achluophobia
Memang fobia sangat dengan gelap.
Rasa kalau gelap tu macam-macam akan muncul nanti.
(Korang tak rasa ke macam tu?)
Nak tengok ke tak nak tengok,
kemungkinan tiba-tiba nampak 'macam-macam' tu adalah tinggi.
(yang hitam, yang putih, yang tinggi, yang rambut panjang,
yang terbang,...ok stop it!)

2. Phasmophobia
Yang ni memang seram, fobia dengan ghosts.
Kisah-kisah benar yang pernah dialami sejak dulu
sampai sekarang membuatkan fobia ni muncul.
Walaupun fobia, tapi tetap suka tengok cerita-cerita horror.
(Patut ke? Haish~)

3. Dystychiphobia
NI pulak fobia dengan accident.
Dah banyak tengok accident sana sini,
banyak kenangan pahit tentang accident,
maka timbul lah fobia ni.
(Mohon dijauhkan daripada kemalangan)

4. Tachophobia
Kalau naik kereta atau van atau bas atau apa-apa transport
dengan kelajuan maksima, boleh berderau darah.
Fobia dengan kelajuan.
Kelajuan tanpa kawalan boleh mengakibatkan accident.
Ingat tu ! So kena sentiasa berhati-hati di jalan raya.

5. Brontophobia
Yang ni fobia dengan guruh dan kilat.
Bila waktu hujan lebat. kulat guruh semua ada, mesti rasa takut.
Nampak cahaya kilat pun dah rasa 'wah dekat betul kilat tu!"
Waktu tu, sangat berharap kilat tak sambar rumah
atau apa-apa yang berhampiran.

Semua fobia ni masih berada pada tahap minima
dan belum mencapai tahap serius
sebab semuanya masih boleh dikawal.

Korang pulak tergolong dalam jenis fobia apa?
Check it out here ! http://phobialist.com/

p/s : Saya bukan ailurophobia sebab saya sangat suka kucing !


Dan saya juga bukan cibophobia sebab saya suka makan !


Okay. Itu sahaja. Selamat meng'explore' diri anda ! ;D

0 comments: